About
Jambi ialah sebuah wilayah di Indonesia yang terletak di bahagian timur tengah Pulau Sumatera. Ibu kotanya juga dikenali sebagai Kota Jambi. Wilayah ini juga meliputi kawasan seluas kira-kira 49,026 kilometer persegi. Jambi juga bersempadan dengan Riau di utara, Sumatera Barat, Bengkulu di barat daya, dan Sumatera Selatan, serta mempunyai sempadan laut di timur. Kawasannya terdiri daripada banjaran gunung di barat, tanah rendah berhampiran pantai dan sungai di timur.
Tujuan laman web ini termasuk membangunkan sebagai satu platform ilmiah untuk menghimpunkan, mendokumentasikan, dan memudahkan capaian terhadap pelbagai sumber maklumat mengenai Jambi. Ia bertujuan untuk menyokong penyelidikan, pembelajaran, dan pemahaman yang lebih mendalam tentang sejarah, budaya, dan perkembangan sosial Jambi melalui bahan-bahan rujukan yang autentik dan berautoriti.
Objektifnya pula adalah pertama, mengumpul dan mendigitalkan koleksi bahan seperti buku, artikel, kertas akhbar, dan laman web berkaitan Jambi bagi tujuan akademik dan penyelidikan. Kedua, menyediakan akses mudah kepada pelbagai sumber maklumat yang relevan dan sahih tentang Jambi untuk pelajar, penyelidik, dan masyarakat umum.Yang ketiga, mempromosikan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan sejarah, budaya, dan identiti masyarakat Jambi melalui penyebaran ilmu secara dalam talian.
